Politeknik Malaysia bakal menyambut Jubli Emas, ulang tahun ke-50 pada bulan April ini. Untuk itu, berbagai program dan aktiviti diadakan ole Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam mempromosi dan memperingati sambutan ulang tahun ke-50 ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah Program Bacaan Yassin Hour Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia. Program ini dijalankan serentak di 36 buah Politeknik dan 100 buah Kolej Komuniti di seluruh Malaysia. Acara yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah bacaan Yassin secara berjemaah serentak sebagai tanda kesyukuran atas kelestarian penubuhan 50 tahun Politeknik Malaysia.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut