Alhamdulillah.. Selesai sudah Kursus Sembelihan anjuran Kelab SERI PSS dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar - MPP Politeknik Sandakan Sabah yang telah berlangsung pada 3 Ogos 2019(Sabtu) di Dewan Kuliah Utama (Taklimat) & amali sembelihan (sekitar Nursery PSS).

Kursus kali ini memfokuskan cara yang betul dan mengikut syariat Islam dalam sembelihan dan sebanyak 50 ekor ayam digunakan dalam kursus sembelihan kali ini..

Terima kasih diucapkan kepada 1151369 SSJN Habibullah Bin Che Nok &1167804 SJN Mohd Hilmi Firdaus bin Ismail daripada Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yg bertugas di Markas Wilayah Laut 2, Kapal DiRaja Sri Sandakan atas taklimat dan ilmu yang diberikan kepada peserta kursus sembelihan kali ini..Semoga ilmu yang diperolehi hari ini berguna untuk kita semua..PSS terus maju kehadapan.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.