Satu rombongan kunjungan hormat yang diketuai oleh Tuan Pengarah LT. Kol (PA) Bersekutu Tajul Ariffin bin Mohamed Arif bersama Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) En. Irwandih bin Mat Jaili, En Tony Ontok (Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri), En. Effandy bin Masalleh (Ketua Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan) dan Cik Ruzaini Ahmad (Pegawai Kolaborasi Politeknik) telah dijalankan pada 23 hingga 26 Julai 2019. Kunjungan hormat ini telah dijalankan di Pejabat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Jabatan Pertanian Sabah, Sawit Kinabalu Bhd, Tamparuli Heavenly Figs and Grapes, GE Nitrate Solutions, Formeniaga (Sabah) Sdn Bhd dan Bayu Aquaculture Sdn Bhd.
Kunjungan hormat ini juga merupakan langkah awal dalam usaha untuk meluaskan jaringan kolaborasi bersama pemain industri sebelum mengorak langkah dengan lebih jauh dalam pelbagai skop bidang termasuk perkongsian fasiliti, pemindahan ilmu dan kepakaran, latihan sangkutan pensyarah serta perkongsian perkembangan teknologi dalam industri semasa bagi menjadikan kursus yang ditawarkan sentiasa relevan dan memenuhi keperluan industri.
Sehubungan itu, satu mesyuarat yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Unit Kebolehpasaran Graduan (GE), Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti telah diadakan bagi melantik Syarikat GE Nitrate Solutions sebagai firma yang beroperasi dalam program ‘Industry On Campus (IoC)’ di mana syarikat ini akan membuka cawangan pusat penetasan udang kara (crayfish) bagi spesis Cherax Quadricarinatus di dalam Politeknik Sandakan Sabah di samping menjadikan PSS sebagai pusat latihan satelit syarikat tersebut.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.