Tahniah dan syabas diucapkan kepada pendebat Politeknik Sandakan Sabah yang telah menyertai Poly Debate Challenge anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Politeknik Malaysia bersama dengan MPCEC di Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh Perak pada 17-20 Jun 2019.

Pasukan yang diketuai oleh En. Julainus Jiun selaku pegawai pengiring bersama 3 orang pelajar iaitu saudara Logavendra Loganthan, saudara Naven Rao Siva dan saudara Muhammad Faiz Bin Basir yang juga merupakan pengadil bagi pertandingan kali ini.

Politeknik Sandakan Sabah telah menduduki di kelompok 20 pasukan terbaik daripada 35 buah institusi yang mengambil bahagian. Kami seluruh warga PSS sangat berbangga dengan kejayaan ini dan di doakan agar pasukan debate PSS akan terus melakar kejayaan dimasa hadapan..

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.