Selamat datang pelajar baharu ke Politeknik Sandakan Sabah..23 Jun 2019 (Ahad) berlangsungnya Hari Pendaftaran Pelajar Baharu bagi pengajian sesi Jun 2019..Tahniah dan syabas diucapakan kepada mereka yang berjaya melanjutkan pengajian di PSS..

Proses pendaftaran pelajar baharu bagi sesi Jun 2019 telah berlangsung sejak awal pagi tadi dengan lancarnya tanpa ada sebarang masalah..Satu sesi taklimat bersama ibu bapa pelajar juga telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama PSS yang telah disampaikan oleh En Tajul Ariffin Bin Mohammed Arif,Pengarah Politeknik Sandakan Sabah, barisan AMP serta pensyarah akademik turut sama.

Minggu Suai Kenal (MSK) bagi pelajar baharu bermula pada hari ini dan berakhir pada hari Khamis ini sebelum para pelajar baharu memulakan sesi pembelajaran mereka di PSS..Kami seluruh warga PSS sangat berbangga atas kejayaan mereka yang berjaya memilih PSS sebagai destinasi ilmu di dalam bidang Pertanian dan Akuakultur..

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.