Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan 1440H. Penyediaan juadah berbuka puasa untuk staf dijalankan secara bergotong-royong yang dilaksanakan setiap hari Rabu. Antara juadah yang disediakan seperti Bubur Lambuk Abam Behe, Berobok Jagung CC Power, Onde-onde Sehijau Pandan, Pengat Pisang Semanis Madu dan Donut Gebu Gebas. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara staf PSS.Terima kasih semua yang sama-sama menjayakan aktiviti ini..

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.