Telah berlangsung Makmal Bahasa: Seni Orator Bahasa Melayu Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan Pahang pada 27 hingga 30 April 2019. Seramai 3 orang peserta daripada Politeknik Sandakan Sabah telah menyertai program ini iaitu:

Azmi Bin Yasuan
Logavendra Loganathan
Nur Syazana Binti Berahim

Pegawai Pengiring: En Muhamad Syazwan Bin Azizi

Saudara Azmi telah dipilih oleh para penganjur dan juri bersama 7 orang lagi pendebat terbaik daripada politeknik yang lain untuk simulasi debat ala parlimen sempena majlis penutup program ini.

Hasil daripada program ini, 3 pelajar kita akan mewakili PSS sebagai pasukan pendebat yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti di Politeknik Port Dickson (PPD). Kita doakan semoga ada sinar kejayaan berpihak kepada pendebat PSS kita..

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.