Program Kolaborasi Akuakultur Politeknik Sandakan Sabah & Charoen Pokphand (CP) pada 22 April 2019 bertempat di Bangkok, Thailand. Seramai 4 orang pegawai yang diketuai oleh En Tajul Ariffin Bin Mohamed Arif, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah, bersama En Irwandih Bin Mat Jaili, TPSA PSS, En Effendy Bin Masalleh & En Azhar Bin Ambo dan wakil daripada CP iaitu Mr. Manoon Vongsaowapakkal, Vice President Star Feedmills (M) Sdn. Bhd. Pertemuan kali ini memfokuskankan kepada beberapa perkara seperti memupuk huhungan yang baik antara dua pihak bagi merangsang kesedaran mengenai teknologi baru berkaitan aktiviti akuakultur. Selain itu, kerjasama ini juga dilihat dapat memberi peluang pertukaran pensyarah melalui program SIP & Program Outbound Mobility for TVET, meningkatkan pengerahuan peserta terhadap jenis penyakit udang & rawatan penyakit udang serta pertukaran teknologi dan kepakaran seperti kajian penyelidikan, pdp yang berkualiti..Mantap dan Tahniah ...

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.