Berlangsung majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 Politeknik & Kolej Komuniti bagi zon Sabah pada 22 April 2019 bertempat di Dewan Auditorium ULPL Politeknik Kota Kinabalu..Seramai 6 orang pegawai akademik dan sokongan daripada Politeknik Sandakan Sabah dipilih menerima anugerah APC 2018..Tahniah dan syabas kepada para penerima APC 2018 semoga dengan penganugerahan ini menjadi sumber inspirasi kepada kakitangan PSS yang lain untuk terus berjaya..Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts Dr Mohd Ismail Bin Abd Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.