Aktiviti Penanaman Pokok Kelapa Sawit di Ladang Genting Mewah Estate dan Ceramah / Kuliah Mengenai Pengurusan Ladang Kelapa Sawit yang berlangsung pada 8 April 2019 (Isnin) bertempat di Genting Mewah Estate Batu 8, Kinabatangan. Aktiviti ini melibatkan pensyarah dari Politeknik Sandakan Sabah iaitu En Sures dan Pn Norashikin serta pelajar semeter 5 (DAG5) yang mengambil kursus DYA 6062 -Plantation Crop dan Penyelia Genting Mewah Estate Tuan Mathan Supramaniam.

Antara pengisian aktiviti ini ialah memberi pendedahan dalam pengurusan ladang kelapa sawit, dan mengetahui teknologi terkini yang digunapakai dalam sesebuah estate serta dapat mengukuhkan lagi hubungan antara PSS dengan pihak industri khususnya bidang industri pertanian. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.