Sempena Minggu Sains Negara bertemakan "Sains Untuk Kesejahteraan" telah berlangsung di 5 buah negeri melibatkan Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Sarawak & Sabah.
Minggu Sains Negara peringkat Negeri Sabah telah berlangsung pada 2 April 2019 (Selasa) bertempat SMKA Tun Juhar, Sandakan. Bertuah rasanya bilamana Politeknik Sandakan Sabah turut sama meraihkan program ini. Antara produk yang dipamerkan adalah Akuaponik,dan pameran ikan (Beta Fish). Terima kasih diucapkan atas jemputan ini bersama-sama menjayakan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sabah..Tahniah kepada pegawai pengiring dan para pelajar yang terlibat..PSS Hebat

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.