Syukur Alhamdulillah selesai sudah majlis bacaan 'Yassin Hour' peringkat Politeknik Sandakan Sabah sebentar tadi. Majlis yang turut disertai serentak di seluruh Malaysia melibatkan 36 buah Politeknik dan 99 buah Kolej Komuniti sempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Politeknik Malaysia.

Majlis bacaan yassin dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi PSS,para pensyarah akademik dan staff sokongan serta penglibatan daripada pelajar PSS sendiri. Majlis bacaan diketuai oleh Ustaz Nasuha Bin Nasaruddin bagi staff dan Ustaz Mustaqim Bin Maludin bagi pelajar.

Semoga segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan Allah SWT dan diharapkan agar Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti terus gah di persada dunia dan melahirkan lebih ramai generasi TVET yang berdaya saing dan mampan..

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.