Majlis Perasmian Program Duta Beruang Madu (Sun Bear Ambassador) yang akan dilaksanakan pada 26 Mac 2019 (Selasa) di Dewan Kuliah Utama PSS. Program ini adalah hasil kerjasama antara Bornean Sun Bear Conservation Centre dan Politeknik Sandakan Sabah. Program ini merupakan salah satu wadah bagi pelajar Politeknik Sandakan Sabah untuk mempelajari pelbagai kemahiran insaniah dan menimba pengalaman baru dalam pendidikan alam sekitar. Seramai 8 orang pelajar Politeknik Sandakan Sabah telah dipilih sebagai Duta Beruang Madu dalam program ini. Diharapkan dalam tempoh perlaksanaan program ini, beberapa orang Duta Beruang Madu (Sun Bear Ambassador) dapat dilahirkan daripada kalangan pelajar Politeknik Sandakan Sabah.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.